Friday, August 15, 2008

Koleksi Pantun Dari Naim


Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara

**********

Tetak buluh panjang suluh
Mari jolok sarang penyengat
Angkat doa jari sepuluh
Doa minta biar selamat

**********

Tuailah padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intailah kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

**********

Dari jauh ke permatang
Tetak dengan papan kemudi
Dari jauh kami datang
Mendengar tuan yang baik budi

**********

Hanyut perian bertali rumin
Penuh berisi gala-gala
Tuan sepantun kilat cermin
Di balik gunung tampak jua

**********

Hendak dulang diberi dulang
Dulang berisi sagu mentah
Hendak pulang ku beri pulang
Tinggalkan pantun barang sepatah

**********

Hendak dulang diberi dulang
Dulang ada berpahar tidak
Hendak pulang ku beri pulang
Pulang sahaja berhantar tidak

**********

Kembang cendawan di tengah padang
Tempat cik Siti memacu kuda
Pada bulan baik bintang
Sungguh kecil selalu ada

**********

Lancang kuning lancang pusaka
Nampak dari Tanjung Puan
Kalau kering laut Melaka
Barulah saya lupakan tuan

**********

Mangkuk jorong pinggan jorong
Si jorong berisi buah jati
Dua tiga kata terdorong
Jangan dibawa masuk ke hati

**********

Sekuntum bunga di dalam padi
Ambil sebatang cabut uratnya
Tuan sepantun langit yang tinggi
Bolehkah berlindung di bawahnya

**********

Thursday, August 14, 2008

Pesanan Abang

Wahai adik yang ku cinta
Adik-adikku sayang
Dengar nasihat abang
Jangan lupa pergi sembahyang
Dengarlah nasihat abang
Jangan cuba tingga sembahyang

Dengar-dengarlah adikku
Pesanan dari abangmu
Jadilah insan berguna
Insyaallah kan bahagia

Dengar-dengarlah adikku
Pesanan dari abangmu
Kau umpama permata
Menyinari keluarga

Wahai adik yang kucinta
Adik-adikku sayang
Dengar nasihat abang
Mari kita pergi sembahyang
Dengarlah nasihat abang
Nanti kita Tuhan sayang

Sembahyang itu tiang agama
Wajiblah kita menunaikannya
Janganlah leka janganlah lupa
Kelak kan kita akan ditanya

Sembahyang itu mengajar kita
Taati segala suruhan-Nya
Dengan sembahyang terdidiklah kita
Akhlak mulia itulah buahnya

Adikku muda remaja
Awasi bila melangkah
Wajahmu manis bak bunga
Pasti ramai yang tergoda

Tidak dilarang kau bersuka
Asal tahu kan batasnya
Jangan sampai adik terlupa
Harapan dan cita-cita

Ibu dan ayah
Menaruh harapan
Agar kau berjaya
Di hari kemudian

Bila tiba waktu petang
Dari sekolah kau pulang
Bergalas buku di pinggang
Siapa lihat pasti tertawan

Adik masih bersekolah
Awas segala dugaan
Adik kan ambil ambil periksa
Agar senang masa depan

Tumpukan perhatian dengan sepenuhnya
Serahkan selainnya kepada yang Esa

Bila adik telah berjaya
Abangkan turut gembira
Tapi andai sebaliknya
Jangan kau rasa kecewa

Sekali adik terkandas
Bukan untuk selamanya
Dihati sematkan pesan
Ingat abang tetap sayang

Naim Suka Lagu Inggeris ni....

Nsync
It's Gonna Be Me

You might've been hurt, babe
That ain't no lie
You've seen them all come and go, oh..
I remember you told me
That it made you believe in
No man, no cry
Maybe that's why

Every little thing i do
Never seems enough for you
You don't wanna lose it again
But i'm not like them
Baby, when you finally,
Get to love somebody
Guess what,
It's gonna be me..

Jc:
You've got no choice, babe
But to move on, and you know
There ain't no time to waste
You're just too blind (too blind), too see
But in the end, ya know it's gonna be me
You can't deny
So just tell me why

Every little thing i do
Never seems enough for you
You don't wanna lose it again
But i'm not like them
Baby, when you finally
Get to love somebody (somebody)
Guess what (guess what)
It's gonna be me

Lance: it's gonna be me
Justin: oh yeahhhhh...

Justin:
There comes a day
When i'll be the one, you'll see..
It's gonna-gonna-gonna-gonna-gonna

Justin: it's gonna be me

All that i do
Is not enough for you
Don't wanna lose it
But i'm not like that
When finally (finally)
You get to love
Guess what (guess what)

Every little thing i do
Never seems enough for you (for you babe)
You don't wanna lose it again (don't wanna lose it)
But i'm not like them
Baby, when you finally
Get to love somebody (love..)
Guess what (guess what)
It's gonna be me

Every little thing i do (ohh...)
Never seems enough for you
You don't wanna lose it again (don't wanna lose it)
But i'm not like them
Baby, when you finally (baby when you finally)
Get to love somebody
Guess what (guess what)

Justin: it's gonna be me..



Backstreet Boys
As Long As You Love Me

Although loneliness has always been a friend of mine
I'm leavin' my life in your hands
People say I'm crazy and that I am blind
Risking it all in a glance
And how you got me blind is still a mystery
I can't get you out of my head
Don't care what is written in your history
As long as you're here with me

I don't care who you are
Where you're from
What you did
As long as you love me
Who you are
Where you're from
Don't care what you did
As long as you love me

Every little thing that you have said and done
Feels like it's deep within me
Doesn't really matter if you're on the run
It seems like we're meant to be

I don't care who you are (who you are)
Where you're from (where you're from)
What you did
As long as you love me (I don't know)
Who you are (who you are)
Where you're from (where you're from)
Don't care what you did
As long as you love me (yeah)

I've tried to hide it so that no one knows
But I guess it shows
When you look into my eyes
What you did and where you're comin from
I don't care, as long as you love me, baby

I don't care who you are (who you are)
Where you're from (where you're from)
What you did
As long as you love me (as long as you love me)
Who you are (who you are)
Where you're from (where you're from)
Don't care what you did (yeah)
As long as you love me (as long as you love me)
Who you are (who you are)
Where you're from
What you did
As long as you love me
Who you are (who you are)
Where you're from (where you're from)
As long as you love me
Who you are
As long as you love me
What you did (I don't care)
As long as you love me

Kereta Naim




Kalau nak tahu ini ialah kereta Naim. Naim minat kereta control. Kalau dapat duit raya nanti Naim nak beli kereta yang lain pulak. Naim buat koleksi banyak-banyak. Tapi kereta Naim banyak yang dah rosak. Tinggal yang ini je. Cantik tak kereta Naim?


Koleksi Mutiara Kata

  1. Jangan sekali-kali kita meremehkan perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.
  2. Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yang belayar di lautan. Telah banyak kapal karam di dalamnya. Andai muatan kita adalah iman, dan layarnya taqwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di l autan hidup ini.
  3. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.
  4. Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu terlalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.
  5. Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.
  6. Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
  7. Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.
  8. Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.
  9. Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.
  10. Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Foto Abang Long

Photobucket


Photobucket

Wednesday, August 13, 2008

Kisah Naim

Gambar Muhamad Nasrul Naim & Adik Muhamad Mukhriz Aidiq

Gambar Adik Muhamad Hakimi


Gambar Adik Muhamad Mukhriz Aidiq



Muhamad Nasrul Naim. Itulah namaku. Naim dilahirkan pada 14 Januari 1998. Naim tinggal di ipoh perak bersama keluarga tersayang. Naim mempunyai 2 orang adik iaitu Muhamad Nasrul Hakimi (7 tahun) dan Muhamad Mukhriz Aidiq (2 tahun). Kadang-kadang Naim selalu jugak bergaduh dengan adik-adik pasal permainan atau lain-lain. Naim panggil adik yang nombor 2 tu Hakimi. Adik yang bongsu panggil Mukhriz atau Aidiq. Aidiq ni suka kacau Naim buat kerja sekolah. Naim nak buat kerja sekolah pun tak senang kalau ada Aidiq. Naim buat kerja sekolah diapun sibuk nak buat kerja jugak. Naim kasi pensil dengan buku baru dia tak kacau. Dia buat kerja dia. Selain itu, Naim ada seorang abang yang baik sangat iaitu abang long. Abang long suka ajar Naim. Abang long selalu pesan pada Naim supaya jangan tinggal solat 5 waktu. Setiap hari Naim sembahyang berjemaah dengan abang long. Abang long selalu ajak Naim sembahyang maghrib berjemaah di surau dekat taman Naim ni. Setelah berdoa dan selesai sembahyang Naim mesti bersalam dengan abang long dan cium tangan dia. Abang long selalu nasihatkan Naim supaya rajin-rajin belajar. Abang long ada suruh Naim hafal sifir 2 sampai sifir 12. Abang long cakap setiap sifir dia kasi tempoh sebulan untuk hafal. Abang long cakap bila Naim dah darjah 5 nanti, Naim mesti dah hafal semua sifir. Setiap malam sebelum tidur, abang long selalu soal Naim sifir. Kalau Naim tak dapat jawab, abang long mesti jentik telinga Naim. Naim tau abang long buat macam tu sebab dia nak kasi Naim pandai. Abang long sayang Naim. Naim pun sayang abang long. Abang long bukan selalu ada di rumah ni. Kadang-kadang je abang long balik sini. Waktu abang long takde, dia selalu mesej kat tepon Naim tanye khabar Naim dan adik-adik. Abang long selalu ambil berat pasal Naim. Itu sahaja cerita Naim untuk kali ini.