Wednesday, August 13, 2008

Kisah Naim

Gambar Muhamad Nasrul Naim & Adik Muhamad Mukhriz Aidiq

Gambar Adik Muhamad Hakimi


Gambar Adik Muhamad Mukhriz Aidiq



Muhamad Nasrul Naim. Itulah namaku. Naim dilahirkan pada 14 Januari 1998. Naim tinggal di ipoh perak bersama keluarga tersayang. Naim mempunyai 2 orang adik iaitu Muhamad Nasrul Hakimi (7 tahun) dan Muhamad Mukhriz Aidiq (2 tahun). Kadang-kadang Naim selalu jugak bergaduh dengan adik-adik pasal permainan atau lain-lain. Naim panggil adik yang nombor 2 tu Hakimi. Adik yang bongsu panggil Mukhriz atau Aidiq. Aidiq ni suka kacau Naim buat kerja sekolah. Naim nak buat kerja sekolah pun tak senang kalau ada Aidiq. Naim buat kerja sekolah diapun sibuk nak buat kerja jugak. Naim kasi pensil dengan buku baru dia tak kacau. Dia buat kerja dia. Selain itu, Naim ada seorang abang yang baik sangat iaitu abang long. Abang long suka ajar Naim. Abang long selalu pesan pada Naim supaya jangan tinggal solat 5 waktu. Setiap hari Naim sembahyang berjemaah dengan abang long. Abang long selalu ajak Naim sembahyang maghrib berjemaah di surau dekat taman Naim ni. Setelah berdoa dan selesai sembahyang Naim mesti bersalam dengan abang long dan cium tangan dia. Abang long selalu nasihatkan Naim supaya rajin-rajin belajar. Abang long ada suruh Naim hafal sifir 2 sampai sifir 12. Abang long cakap setiap sifir dia kasi tempoh sebulan untuk hafal. Abang long cakap bila Naim dah darjah 5 nanti, Naim mesti dah hafal semua sifir. Setiap malam sebelum tidur, abang long selalu soal Naim sifir. Kalau Naim tak dapat jawab, abang long mesti jentik telinga Naim. Naim tau abang long buat macam tu sebab dia nak kasi Naim pandai. Abang long sayang Naim. Naim pun sayang abang long. Abang long bukan selalu ada di rumah ni. Kadang-kadang je abang long balik sini. Waktu abang long takde, dia selalu mesej kat tepon Naim tanye khabar Naim dan adik-adik. Abang long selalu ambil berat pasal Naim. Itu sahaja cerita Naim untuk kali ini.

No comments: